Selasa, 11 September 2012

2011 Tahun Kemuncak Kegemilangan Jawatankuasa Kebudayaan Ke-2


Bengkel Tatih Seni Kebudayaan 2011
Bengkel Tatih Seni Kebudayaan telah diadakan pada 29 Januari 2011. Sepertimana bengkel sebelumnya, bengkel ini masih terus mendapat sambutan daripada semua pelatih terutamanya pelatih-pelatih ambilan baru. Kelab Tarian telah mendapat sambutan daripada peserta yang hadir. Buat pertama kali pernyertaan daripada kelab Silat Gayung KSKB yang dipimpin oleh saudari Khairunnisa Mohd Zain dari Program Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Poster "Bengkel Tatih Seni Kebudayaan 2011"

Konsert Road Tour Family IQ-ONE 2011 & tertubuhnya ‘Four Generation’
Jarang sekali konsert nasyid diadakan di KSKB Sg.Buloh. Maka dengan itu, pada tanggal 29 Januari 2011 GKK Kebudayaan telah mengadakan sebuah konsert Nasyid yang dipelopori oleh empat anak muda yang membawa muzik dakwah iaitu kumpulan Nasyid IQ-ONE. Konsert tersebut ialah Konsert Road Tour Family IQ-ONE. Konsert ini mengambil masa sebulan untuk direalisasikan. Idea penghasilan konsert ini telah diilhamkan oleh pengerusi kebudayaan pada masa itu. Seterusnya hasil perbincangan yang selanjutnya, maka IQ-ONE telah bersetuju untuk menghiburkan pelatih KSKB dengan konsert sulung mereka. Konsert yang berdurasi selama 3 jam 30 minit ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelatih KSKB. Konsert ini juga turut dihadiri oleh pelatih bukan Islam. Pembuka konsert ini para hadirin dihidangkan dengan bacaan merdu tadarus Al-Quran daripada salah seorang anggota IQ-ONE. Pada malam tersebut, IQ-ONE telah mendendangkan barisan lagu yang terkandung dalam album pertama mereka iaitu Jangan Lupa Tuhan. Antara lagu yang dialunkan oleh mereka adalah seperti Jangan Lupa Tuhan, Akhlak Mulia, Cinta, Kilauan Memori & Assalamualaikum. Kemunculan kumpulan FOUR GENERATION yang dianggotai oleh Jecko, Afizul, Stefi Jane & Anis Amaline turut dinanti-nantikan pada malam tersebut. Kumpulan suara Harmoni ini telah memukau penonton dengan lagu daripada Mendua iaitu Hampir Ke Situ dan sebuah lagu yang dipopularkan oleh penyanyi dari Lubnan iaitu Maher Zain (For The Rest Of My Life). IQ-ONE juga telah mengundang beberapa orang komposer yang telah terlibat dalam pembikinan album mereka seperti Joe (Visa) yang turut membuat persembahan dengan sangat bertenaga. Konsert ini juga turut dihadiri oleh peminat IQ-ONE dari Universiti Islam Antarabangsa.Selain itu, pada malam tersebut juga telah berlangsungnya pertandingan Pencarian Mutiara IQ-ONE yang menyaksikan kemenangan dimenangi oleh saudara Spencer Julian. Berikut merupakan senarai keputusan:
·         Juara                         : Spencer Panchor Julian (Jurupulih Cara Kerja)
·         Naib Juara             : Beney Suan (Kesihatan Persekitaran)
·         Tempat Ketiga    : Siti Nursuraya Abdullah (Kejururawatan)

Konsert Nasyeed sulong Kump. IQ-ONE yang turut mendapat sambutan daripada pelatih non-muslim.

Kumpulan Suara "Four Generation" yang pertama kali seumpamanya ditubuhkan di KSKB Sg.Buloh. Kumpulan ini dianggotai oleh Jecko, Afizul Ishak, Anes & Stafie Jane.

Festival Kebudayaan 2011
Pada awal Februari 2011, telah berlangsungnya sebuah acara yang dinanti-nantikan oleh pelatih-pelatih KSKB Sg.Buloh. Festival Kebudayaan 2011 yang telah berlangsung selama 2 hari telah menyaksikan persaingan sengit antara program-program di KSKB. Antara pertandingan yang dipertandingkan selama festival ini berlangsung iaitu pertandingan sketsa, tarian, koir & dikir barat. Auditorium KSKB telah menjadi saksi apabila kemenangan besar telah diraih oleh program dari Kesihatan Persekitaran. Penyanyi yang baru meningkat naik pada ketika itu, Dior telah diundang untuk menjadi juri jemputan pada Malam Tarian K-Pop & J-Pop (Malam penutupan). Kemeriahan acara ini turut dirasai pengajar KSKB yang telah turut sama diundang. Keputusan Festival Kebudayaan adalah seperti berikut:-
·         Juara Keseluruhan     : Program Kesihatan Persekitaran
·         Juara Sketsa                     : Program Kesihatan Persekitaran
·         Juara Tarian                    : Program Jurupulih Cara Kerja
·         Juara Koir                          : Program R&R
·         Juara Dikir Barat          : Program Kesihatan Persekitaran



KSKB Idol 2011: Terakhir dari Jawatankuasa ke-II
KSKB IDOL diadakan seminggu selepas Festival Kebudayaan berlangsung. Pada asalnya, pertandingan ini diadakan bersempena Konsert Inspirasi yang dijangkakan berlangsung pada bulan April 2011. Oleh kerana pada masa yang sama KSKB telah diundang untuk menyertai pertandingan The Voice of Unity pada FestKIB 2011 yang bertempat di UKM Bangi, Maka pertandingan ini terpaksa dimulakan awal. Ujibakat KSKB Idol telah diadakan selama sehari. Ramai peserta yang datang untuk mencuba nasib. Namun begitu, mereka yang benar-benar berkualiti dan berbakat sahaja yang akan mara ke peringkat akhir. KSKB Idol juga telah menggunakan kaedah juri awam yang mana, 30% hasil undian adalah datangnya daripada undian 'LIKE' di laman sosial Facebook. Manakala, 70% adalah datangnya daripada permarkahan juri profesional pada malam pertandingan tersebut. Pada asalnya 10 orang peserta sahaja yang layak untuk bertanding, namun begitu seorang lagi peserta telah dipilih kerana pihak juri merasakan beliau layak untuk diberi peluang kedua yang menjadikan jumlah peserta adalah seramai 11 orang. Pada malam tersebut juga, kumpulan Four Generation juga turut diundang untuk membuat persembahan dengan mendendangkan lagu daripada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu 'Dimanakan Ku Cari Ganti'. Selain itu, seorang peserta yang gagal dalam sesi ujibakat telah diundang untuk membuat persembahan iaitu saudari Sri Buvenambigai yang telah memukau penonton dengan lagu popular dari Michael Jackson  - Beat It. Persembahan beliau merupakan sebuah persembahan yang sangat bertenaga dan telah berjaya mencuri perhatian penonton pada malam tersebut. Fakta menarik berkaitan KSKB Idol 2011, pada malam tersebut Pengerusi GKK Kebudayaan sendiri telah menjadi Pengacara, penyanyi bersama (Four Generation) & Stage Manager. KSKB Idol juga turut menjadi pentas terakhir jawatankuasa ke-2. Berikut adalah senarai pemenang KSKB IDOL 2011:
·         Juara                         : Spencer Panchor Julian (Jurupulih Cara Kerja)
·         Naib Juara             : Estherlinda Albert (Kesihatan Persekitaran)
·         Tempat Ketiga    : Romuald R.A Piong (Kesihatan Persekitaran)
·         Tempat Ke-4         : Afizul Ishak (Jurupulih Cara Anggota)
·         Tempat Ke-5         : Siti Nursuraya Abdullah (Kejururawatan)


FestKIB 2011 @ UKM, Bangi
FestKIB 2011 atau Festival Kesenian & Integrasi Budaya 2011 telah berlangsung di Kolej Antarabangsa Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor pada 25-27 Februari 2011. Pada acara yang pertama kali dianjurkan itu menyaksikan penyertaan daripada cawangan tarian (Medik-Tari) dan teater (Anbu Production) selain wakil pertandingan nyanyian solo, Spencer & Estherlinda. Pada malam pertandingan, telah menyaksikan kemenangan besar daripada cawangan teater dengan Teater Muzikal Tiga Dara The Muzikal yang berjaya merangkul trofi beberapa kategori utama pertandingan yang bertemakan teater muzikal itu. Selain itu, Juara KSKB Idol, Spencer Julian telah berjaya mendapat tempat ke-3 bagi kategori Voice of Unity yang bertemakan lagu-lagu patriotik.










Penyerahan tugas kepada pucuk kepimpinan Jawatankuasa Ke-III
Pada 22 April 2011, Perhimpunan Agung penutup telah diadakan dan disudahi dengan Majlis penyerahan tugas jawatankuasa induk lama kepada pucuk kepimpinan yang baru yang telah diketuai saudari Sri Buvenambigai dari Program Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP).



CARTA ORGANISASI GKK KEBUDAYAAN INDUK KALI KE-2

Ketua Penyelaras: En. Ahmad Akram Bin Razlan 

Pengerusi: Ahmad Dzulfadzli Bin Mohamad Tarmizi 

Timbalan Pengerusi: Siti Fariza Binti Md Zainal 

Setiausaha:  Nor Athirah Binti Hj. Aziz 

Timb. Setiausaha: Astina Ng Shir Li 

Bendahari: Mohd Faiz Bin Mustafa 

Timb. Bendahari: Ivan Leong Khing Wai 



AJK PROGRAM: 

AJK PPKP: Mohd Yusuf Bin Che Wan Naman 

AJK Juru X-Ray: Cliven Jaikal 

AJK Jurupulih Cara Kerja: Glen Aldo Billy Majin 

AJK Kejururawatan: Irma Fatin Binti Md. Masre 

AJK Jurupulih Cara Anggota: Yong Vi Liong 

AJK Farmasi: Jailani Bin Mohamad 



PENGERUSI CAWANGAN: 

Teater: Afiq Hashim (PPKP) 

Dikir Barat: Nik Mohd Fazlee Bin Nik Kamaruddin (PPKP) 

Tarian: Alfecia Robert Gadutis (PPKP) 

Koir: Malvider (PPKP) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman. Tetapi pastikan anda bukan seorang spammer ataupun cik anonymous yang tidak bertanggungjawab :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...