Selasa, 11 September 2012

2011 Tahun Kemuncak Kegemilangan Jawatankuasa Kebudayaan Ke-2


Bengkel Tatih Seni Kebudayaan 2011
Bengkel Tatih Seni Kebudayaan telah diadakan pada 29 Januari 2011. Sepertimana bengkel sebelumnya, bengkel ini masih terus mendapat sambutan daripada semua pelatih terutamanya pelatih-pelatih ambilan baru. Kelab Tarian telah mendapat sambutan daripada peserta yang hadir. Buat pertama kali pernyertaan daripada kelab Silat Gayung KSKB yang dipimpin oleh saudari Khairunnisa Mohd Zain dari Program Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran.

Poster "Bengkel Tatih Seni Kebudayaan 2011"

Konsert Road Tour Family IQ-ONE 2011 & tertubuhnya ‘Four Generation’
Jarang sekali konsert nasyid diadakan di KSKB Sg.Buloh. Maka dengan itu, pada tanggal 29 Januari 2011 GKK Kebudayaan telah mengadakan sebuah konsert Nasyid yang dipelopori oleh empat anak muda yang membawa muzik dakwah iaitu kumpulan Nasyid IQ-ONE. Konsert tersebut ialah Konsert Road Tour Family IQ-ONE. Konsert ini mengambil masa sebulan untuk direalisasikan. Idea penghasilan konsert ini telah diilhamkan oleh pengerusi kebudayaan pada masa itu. Seterusnya hasil perbincangan yang selanjutnya, maka IQ-ONE telah bersetuju untuk menghiburkan pelatih KSKB dengan konsert sulung mereka. Konsert yang berdurasi selama 3 jam 30 minit ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelatih KSKB. Konsert ini juga turut dihadiri oleh pelatih bukan Islam. Pembuka konsert ini para hadirin dihidangkan dengan bacaan merdu tadarus Al-Quran daripada salah seorang anggota IQ-ONE. Pada malam tersebut, IQ-ONE telah mendendangkan barisan lagu yang terkandung dalam album pertama mereka iaitu Jangan Lupa Tuhan. Antara lagu yang dialunkan oleh mereka adalah seperti Jangan Lupa Tuhan, Akhlak Mulia, Cinta, Kilauan Memori & Assalamualaikum. Kemunculan kumpulan FOUR GENERATION yang dianggotai oleh Jecko, Afizul, Stefi Jane & Anis Amaline turut dinanti-nantikan pada malam tersebut. Kumpulan suara Harmoni ini telah memukau penonton dengan lagu daripada Mendua iaitu Hampir Ke Situ dan sebuah lagu yang dipopularkan oleh penyanyi dari Lubnan iaitu Maher Zain (For The Rest Of My Life). IQ-ONE juga telah mengundang beberapa orang komposer yang telah terlibat dalam pembikinan album mereka seperti Joe (Visa) yang turut membuat persembahan dengan sangat bertenaga. Konsert ini juga turut dihadiri oleh peminat IQ-ONE dari Universiti Islam Antarabangsa.Selain itu, pada malam tersebut juga telah berlangsungnya pertandingan Pencarian Mutiara IQ-ONE yang menyaksikan kemenangan dimenangi oleh saudara Spencer Julian. Berikut merupakan senarai keputusan:
·         Juara                         : Spencer Panchor Julian (Jurupulih Cara Kerja)
·         Naib Juara             : Beney Suan (Kesihatan Persekitaran)
·         Tempat Ketiga    : Siti Nursuraya Abdullah (Kejururawatan)

Konsert Nasyeed sulong Kump. IQ-ONE yang turut mendapat sambutan daripada pelatih non-muslim.

Kumpulan Suara "Four Generation" yang pertama kali seumpamanya ditubuhkan di KSKB Sg.Buloh. Kumpulan ini dianggotai oleh Jecko, Afizul Ishak, Anes & Stafie Jane.

Festival Kebudayaan 2011
Pada awal Februari 2011, telah berlangsungnya sebuah acara yang dinanti-nantikan oleh pelatih-pelatih KSKB Sg.Buloh. Festival Kebudayaan 2011 yang telah berlangsung selama 2 hari telah menyaksikan persaingan sengit antara program-program di KSKB. Antara pertandingan yang dipertandingkan selama festival ini berlangsung iaitu pertandingan sketsa, tarian, koir & dikir barat. Auditorium KSKB telah menjadi saksi apabila kemenangan besar telah diraih oleh program dari Kesihatan Persekitaran. Penyanyi yang baru meningkat naik pada ketika itu, Dior telah diundang untuk menjadi juri jemputan pada Malam Tarian K-Pop & J-Pop (Malam penutupan). Kemeriahan acara ini turut dirasai pengajar KSKB yang telah turut sama diundang. Keputusan Festival Kebudayaan adalah seperti berikut:-
·         Juara Keseluruhan     : Program Kesihatan Persekitaran
·         Juara Sketsa                     : Program Kesihatan Persekitaran
·         Juara Tarian                    : Program Jurupulih Cara Kerja
·         Juara Koir                          : Program R&R
·         Juara Dikir Barat          : Program Kesihatan Persekitaran



KSKB Idol 2011: Terakhir dari Jawatankuasa ke-II
KSKB IDOL diadakan seminggu selepas Festival Kebudayaan berlangsung. Pada asalnya, pertandingan ini diadakan bersempena Konsert Inspirasi yang dijangkakan berlangsung pada bulan April 2011. Oleh kerana pada masa yang sama KSKB telah diundang untuk menyertai pertandingan The Voice of Unity pada FestKIB 2011 yang bertempat di UKM Bangi, Maka pertandingan ini terpaksa dimulakan awal. Ujibakat KSKB Idol telah diadakan selama sehari. Ramai peserta yang datang untuk mencuba nasib. Namun begitu, mereka yang benar-benar berkualiti dan berbakat sahaja yang akan mara ke peringkat akhir. KSKB Idol juga telah menggunakan kaedah juri awam yang mana, 30% hasil undian adalah datangnya daripada undian 'LIKE' di laman sosial Facebook. Manakala, 70% adalah datangnya daripada permarkahan juri profesional pada malam pertandingan tersebut. Pada asalnya 10 orang peserta sahaja yang layak untuk bertanding, namun begitu seorang lagi peserta telah dipilih kerana pihak juri merasakan beliau layak untuk diberi peluang kedua yang menjadikan jumlah peserta adalah seramai 11 orang. Pada malam tersebut juga, kumpulan Four Generation juga turut diundang untuk membuat persembahan dengan mendendangkan lagu daripada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu 'Dimanakan Ku Cari Ganti'. Selain itu, seorang peserta yang gagal dalam sesi ujibakat telah diundang untuk membuat persembahan iaitu saudari Sri Buvenambigai yang telah memukau penonton dengan lagu popular dari Michael Jackson  - Beat It. Persembahan beliau merupakan sebuah persembahan yang sangat bertenaga dan telah berjaya mencuri perhatian penonton pada malam tersebut. Fakta menarik berkaitan KSKB Idol 2011, pada malam tersebut Pengerusi GKK Kebudayaan sendiri telah menjadi Pengacara, penyanyi bersama (Four Generation) & Stage Manager. KSKB Idol juga turut menjadi pentas terakhir jawatankuasa ke-2. Berikut adalah senarai pemenang KSKB IDOL 2011:
·         Juara                         : Spencer Panchor Julian (Jurupulih Cara Kerja)
·         Naib Juara             : Estherlinda Albert (Kesihatan Persekitaran)
·         Tempat Ketiga    : Romuald R.A Piong (Kesihatan Persekitaran)
·         Tempat Ke-4         : Afizul Ishak (Jurupulih Cara Anggota)
·         Tempat Ke-5         : Siti Nursuraya Abdullah (Kejururawatan)


FestKIB 2011 @ UKM, Bangi
FestKIB 2011 atau Festival Kesenian & Integrasi Budaya 2011 telah berlangsung di Kolej Antarabangsa Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor pada 25-27 Februari 2011. Pada acara yang pertama kali dianjurkan itu menyaksikan penyertaan daripada cawangan tarian (Medik-Tari) dan teater (Anbu Production) selain wakil pertandingan nyanyian solo, Spencer & Estherlinda. Pada malam pertandingan, telah menyaksikan kemenangan besar daripada cawangan teater dengan Teater Muzikal Tiga Dara The Muzikal yang berjaya merangkul trofi beberapa kategori utama pertandingan yang bertemakan teater muzikal itu. Selain itu, Juara KSKB Idol, Spencer Julian telah berjaya mendapat tempat ke-3 bagi kategori Voice of Unity yang bertemakan lagu-lagu patriotik.










Penyerahan tugas kepada pucuk kepimpinan Jawatankuasa Ke-III
Pada 22 April 2011, Perhimpunan Agung penutup telah diadakan dan disudahi dengan Majlis penyerahan tugas jawatankuasa induk lama kepada pucuk kepimpinan yang baru yang telah diketuai saudari Sri Buvenambigai dari Program Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP).



CARTA ORGANISASI GKK KEBUDAYAAN INDUK KALI KE-2

Ketua Penyelaras: En. Ahmad Akram Bin Razlan 

Pengerusi: Ahmad Dzulfadzli Bin Mohamad Tarmizi 

Timbalan Pengerusi: Siti Fariza Binti Md Zainal 

Setiausaha:  Nor Athirah Binti Hj. Aziz 

Timb. Setiausaha: Astina Ng Shir Li 

Bendahari: Mohd Faiz Bin Mustafa 

Timb. Bendahari: Ivan Leong Khing Wai 



AJK PROGRAM: 

AJK PPKP: Mohd Yusuf Bin Che Wan Naman 

AJK Juru X-Ray: Cliven Jaikal 

AJK Jurupulih Cara Kerja: Glen Aldo Billy Majin 

AJK Kejururawatan: Irma Fatin Binti Md. Masre 

AJK Jurupulih Cara Anggota: Yong Vi Liong 

AJK Farmasi: Jailani Bin Mohamad 



PENGERUSI CAWANGAN: 

Teater: Afiq Hashim (PPKP) 

Dikir Barat: Nik Mohd Fazlee Bin Nik Kamaruddin (PPKP) 

Tarian: Alfecia Robert Gadutis (PPKP) 

Koir: Malvider (PPKP) 

Isnin, 10 September 2012

Zaman Transformasi: Jawatankuasa Ke-II (Sesi Julai 2010 - Januari 2011)



Pada Awal semester Julai 2010, pelbagai pembaharuan dan ‘Transformasi’ telah dirangka dan dilaksanakan bagi menjenamakan semula Gerak Kerja Kokurikulum Kebudayaan. Segala kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada pentadbiran sebelum ini telah di kenalpasti bagi meningkatkan mutu produktiviti GKK Kebudayaan. Jawatankuasa ke-2 ini telah mendapat mandat bagi mengemudi GKK Kebudayaan pada 20 April 2010.

President II: Ahmad Dzulfadzli Mohamad Tarmizi (Jecko)
Dibawah kepimpinan Saudara Ahmad Dzulfadzli Bin Mohamad Tarmizi, GKK Kebudayaan telah dibawa ke satu arus demensi yang baru. Transformasi yang diwar-warkan pada ketika itu benar-benar menjadi. GKK Kebudayaan meneruskan legasinya dengan terhasilnya pelbagai aktiviti yang menarik perhatian khususnya kepada para pelatih KSKB Sg.Buloh. GKK Kebudayaan memegang konsep ‘KSKB, rumah keduaku’. Setiap aktiviti yang diketengahkan adalah berbeza dari segi aspek pengisian dan konsep aktiviti itu sendiri.

Ahmad Dzulfadzli - President Kedua Kelab Kebudayaan
"Transformasi merupakan langkah awal bagi memajukan diri kita agar hari esok lebih mampan"

Inside Borneo: Hadiah Istimewa buat anak bumi Borneo
Pada 18 Julai 2010 telah diadakan Inside Borneo yg dijalankan bersama dengan kerjasama MPP KeKKWa yang pada ketika itu ialah saudari Sharon Cordelia dari program X-Ray. Kombinasi MPP dan GKK Kebudayaan sangat mantap kerana kedua-dua badan ini sentiasa bergerak seiring dan saling berhubung-kait. Inside Borneo dihasilkan oleh 95% tenaga kerja pelatih dari Sabah dan Sarawak. Adat dan budaya masyarakat Borneo diketengahkan pada malam tersebut. Selain persembahan kebudayaan sabah dan sarawak, pada sebelah paginya telah diadakan acara sukan rakyat Borneo. Bukan sahaja mendapat tempat oleh pelatih-pelatih dari borneo, malah pelatih-pelatih dari semenanjung juga turut bersama-sama menyertainya.Inside Borneo merupakan satu idea yang sangat bagus yang dilhamkan oleh Sharon Cordelia yang juga merupakan bekas jawatankuasa GKK Kebudayaan yang Pertama.
Poster "Inside Borneo" yang telah diadakan pada Julai 2010 telah melibatkan penglibatan 99% pelatih dari Sabah & Sarawak.

Terhasilnya logo rasmi GKK Kebudayaan
Pada 24 Julai 2010, Logo Rasmi GKK Kebudayaan telah dirasmikan oleh En. Ahmad Akram Bin Razlan. Logo tersebut merupakan sebuah logo hasil ciptaan En. Mohd Fuad Rahmat Sam (Pengajar KSKB) yang telah memenanginya melalui pertandingan yg telah dianjurkan oleh GKK.
Logo Kelab Kebudayaan yang dihasilkan oleh En. Mohd Fuad Rahmat Sam


Suntikan elemen baru dalam Bengkel Tatih Seni Kebudayaan 2010
Pada 24 Julai juga telah berlangsungnya 'Bengkel Tatih Seni Kebudayaan 2010' dimana sambutan dari segi kehadiran adalah lebih ramai dari bengkel sebelumnya. Bengkel tersebut telah diberi suntikan baru apabila pelbagai elemen baru telah diketengahkan termasuk memberi nama baru iaitu ‘Bengkel Tatih Seni Kebudayaan’

Poster "Bengkel Kebudayaan 2010" telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para ahli.


Lawatan Kebudayaan ke Negeri Sembilan
Pada 31 Januari 2010, satu aktiviti lawatan ke Negeri Sembilan telah diadakan. Lawatan ini yang telah dipimpin oleh Saudari Siti Fariza & Jalani Mohamad telah melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah di Negeri Sembilan. Antara tempat-tempat yang telah dilawati adalah seperti Muzium Negeri Sembilan, Istana Seri Menanti, Kompleks Kraf Tangan Negeri Sembilan, Ulu Bendul Park dan banyak lagi. Hasil daripada lawatan ini telah memberi impak yang positif kepada para peserta lawatan kerana melalui lawatan ini para peserta telah didedahkan dengan nilai-nilai moral dan dapat menyuntik semangat kasih dan cintakan budaya, kesenian dan warisan tempatan.

Lawatan Kebudayaan ke Muzium Negeri Sembilan

Lawatan Kebudayaan ke Istana Lama Seri Menanti

Lawatan Kebudayaan ke Kompleks Kraf Negeri Sembilan

Lawatan ke Taman Rekreasi Ulu Bendul, Negeri Sembilan


Konsert Amal: Satu Revolusi
Pada 07 Ogos 2010, telah dijalankan "Konsert Amal Satu Revolusi". Konsert ini merupakan sebuah konsert amal yang dijalankan bertujuan mengumpul dana bagi disumbangkan kepada Rumah Anak-Anak Yatim As-Sheera, Cheras, Kuala Lumpur. Konsert ini juga telah mendapat liputan meluas. Jualan tiket pula telah 'sold out' dalam tempoh kurang daripada tempoh 48 Jam selepas kaunter jualan tiket dibuka. Akibat tiket yang telah habis dijual, maka GKK Kebudayaan telah membuka kaunter tambahan dengan mencetak dan mengeluarkan 100 tiket khas. Namun begitu, permintaan terhadap pembelian tiket sangat tinggi dan diluar jangkaan. Sebelum acara tersebut bermula, para jemputan yang terdiri daripada wakil dan penghuni-penghuni rumah kebajikan tersebut telah dihidangkan dengan juadah yang disediakan oleh pihak MPP dan bersembahyang Maghrib dan Isya’ di surau kolej. Para penonton yang hadir rata-rata memuji kehebatan pihak pengajuran kerana konsep persembahan yang dianjurkan adalah berbeza dan para penonton sentiasa ternanti-nanti dengan persembahan pada malam tersebut. Selain persembahan daripada bintang-bintang KSKB, Kumpulan Nasyid IQ-ONE juga telah diundang untuk membuat persembahan pada malam tersebut. Penyelaras GKK Kebudayaan, En. Ahmad Akram juga telah menyatakan bahawa majlis malam tersebut sangat grand dan berada pada ‘level’ yang tersendiri. Konsert ini telah berjaya mencipta sejarah tersendiri kerana telah menjadi sebuah majlis paling berprestij dan terbesar dalam sejarah penganjuran pada tahun 2010.

Poster Konsert Amal "Satu Revolusi" 2010 yang berjaya mencipta fenomena

Koir Majlis Konvokesyen KSKB Kali Ke-6
Pada 20 Oktober 2010, Kelab Kebudayaan sekali lagi melalui kelab koir telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk membuat persembahan pada Majlis Konvokesyen KSKB Sg.Buloh Kali Ke-6 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dibawah bimbingan saudari Diana Kones dan Saudara Ahmad Dzulfadzli. Antara seleksi lagu yang diperdendangkan pada malam tersebut adalah lagu Getaran Jiwa, I Will Follow You, Warisan, Malaysia Tanahairku, Dirgahayu Tanahairku dan banyak lagi. Persembahan Kumpulan Koir ini juga telah mendapat pujian daripada Pengarah KSKB, En. Shuhaimi pada Majlis Post-Mortem Konvokesyen di Auditorium KSKB.

Kumpulan Koir KSKB juga turut diberi peluang membuat persembahan yang dipimpin oleh En. Ahmad Akram Razlan, Penyelaras Kelab Kebudayaan KSKB Sg.Buloh


To be continue...

Zaman Pembangunan: Jawatankuasa I (Sesi Julai 2009 - Januari 2010)



Pada pertengahan awal Semester tahun 2009, KeKKWa dan GKK Kebudayaan telah menjadi dua badan yang berbeza. KeKKWa merupakan di bawah MPP manakala, GKK Kebudayaan pula dibawah Gerak Kerja Kokurikulum. Jawatankuasa baru ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Induk Kebudayaan sesi Jan 2009 - Sesi Jan 2010. Jawatankuasa Induk berfungsi sebagai pemantau dan penggerak setiap aktiviti kelab-kelab dibawah naungannya iaitu:
·         Kelab Tarian
·         Kelab Koir
·         Kelab Teater
·         Kelab Sayembara Puisi Traditional
·         Kelab Dikir Barat.

President Pertama: Muhammad Faidhi Bin Esa
Setiap kelab juga mempunyai jawatankuasa tertinggi bagi menguruskan segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Jawatankuasa ini telah diketuai oleh saudara Muhammad Faidhi Bin Esa dari program Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) serta jawatankuasanya yang telah merancang pelbagai aktiviti berbentuk ilmiah dan pengetahuan serta merapatkan hubungan sesama pelatih dari pelbagai program (bukan bertujuan untuk mendapatkan Jam Kredit semata-mata).

Muhammad Faidhi Esa - Presiden Pertama  GKK Kebudayaan
"Hargai sumbangan setiap orang. Biar kita rasa tidak dihargai. InsyaAllah, jasa kita akan diingati kelak."

Johan pertandingan KOLEJ IDOL
GKK Kebudayaan KSKB Sg. Buloh telah berpeluang untuk mengharumkan nama kolej dengan menghantar wakil ke pertandingan "KOLEJ IDOL" di Kolej Pembantu Perubatan, Seremban, Negeri Sembilan. Biarpun menjadi peserta yang terakhir membuat persembahan, namun begitu GKK Kebudayaan berjaya merangkul Johan pertandingan tersebut melalui suara emas Masol dari Program Occupational Therapy. Kelab Tarian juga telah diberi peluang untuk membuat persembahan pada malam tersebut. Ketua penasihat kelab serta jawatankuasa induk turut memberi sokongan padu bagi menyemarakkan semangat pada malam tersebut.

Masol dari Program Jurupulih Cara Kerja pernah dinobatkan sebagai Juara Kolej Idol

Tercetusnya Bengkel Kebudayaan & T-Shirt GKK
Bagi memberi pengetahuan tentang aktiviti setiap GKK Kebudayaan, Bengkel Kebudayaan telah diadakan bagi memastikan setiap ahli GKK Kebudayaan sentiasa pro-aktif. Aktiviti ini juga merupakan salah satu daripada perancangan jawatankuasa induk melalui penggunaan kaedah teori dan amali. Aktiviti yang dijalankan telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang. Rentetan daripada kejayaan bengkel tersebut, Jawatankuasa induk telah mengeluarkan T-shirt rasmi GKK Kebudayaan yang bertujuan untuk memberikan satu Identiti GKK Kebudayaan. T-Shirt tersebut adalah berwarna Ungu bersempena warna tema GKK Kebudayaan dan KSKB Sg.Buloh. Ianya bukan sahaja telah mendapat sambutan dikalangan ahli-ahli GKK malah bukan ahli juga turut berminat untuk memperolehinya.


Pementasan Teater Betul Tapi Salah & Koir Majlis Konvokesyen Kali Ke-5
Aktiviti-aktiviti daripada setiap cawangan kelab tidak kurang hebatnya.  Pementasan “Betul Tapi Salah” sebuah karya sulung daripada Kelab Teater telah mendapat sambutan dengan jualan tiket yang amat memberangsangkan. Selain itu, Kelab Koir juga telah diberi sepenuh kepercayaan untuk menghiburkan tetamu pada Majlis Konvokesyen KSKB Kali ke-5.


Lawatan Kebudayaan
Selain itu, pelbagai tempat lawatan telah diatur oleh setiap kelab, samada di Istana Budaya, Taman Budaya, Aswara, Dewan Bahasa & Pustaka iaitu menonton teater yang dilakonkan oleh artis terkemuka tanah air, Persembahan tarian yang teruja dan pelbagai lagi persembahan yang menarik serta member sedikit pengetahuan kepada ahli. Pada Penghujung semester akhir tahun 2009, Majlis perpisahan dan penghargaan kepada kepada ahli jawatankuasa GKK Kebudayaan telah diadakan.

Lain-lain pencapaian
  • Pada awal semester 2010, beberapa perubahan telah dijalankan bagi mewarnai lagi kelab kebudayaan. Ketua penasihat yang baru telah di lantik iaitu En. Ahmad Akram Bin Razlan bagi menggantikan Cik Nik Hasnida yang telah berpindah.

  • Kelab sayembara puisi & dikir barat dibubarkan diganti dengan kelab seni muzik tradisional iaitu dikir barat dan Cak Lempong.

  • Bengkel kebudayaan Januari 2010 lebih gah dan kehadiran juga telah meningkat dari sebelumnya.

  • Festival Kebudayaan & Seni Warisan anjuran bersama MPP juga begitu meriah dengan penglibatan setiap program dan kehadiran para hadirin yg sungguh luar biasa.

  • Teater “Protes” telah dijalankan dengan jayanya telah dilakonkan oleh Allahyarham Firas Fuad Samuri. Tidak kurang hebatnya teater “Pementasan Dang Wija” yang dilakonkan oleh Ain ZK dan Syakir Wahid merupakan sebuah produksi Anbu Production dibawah arahan En.Mohd Fuad Rahmat Sam yg penuh aksi melayu klasik dan dramatik sehinggakan membuai dan meruntun kalbu para penonton.

  • Malam Citrawarna 1 Malaysia telah dianjurkan untuk menguji tahap segala latihan yang telah dipelajari setiap kelab semasa bengkel kebudayaan Januari 2010. Kelab Cak Lempong pertama kali dalam sejarah diberi peluang untuk membut persembahan. Jawatankuasa induk baru yang bakal menggantikan Jawatankuasa yang lama diberi peluang turut serta bagi mengendalikan acara tersebut.

Penyerahan tugas kepada pucuk kepimpinan Jawatankuasa Ke-2
Pada penghujung awal semester Januari tahun 2010, Perhimpunan Agung penutup telah diadakan dan disudahi dengan majlis penyerahan tugas jawatankuasa induk lama kepada yang baru yang telah dipimpin oleh saudara Ahmad Dzulfadzli Bin Mohamad Tarmizi dari Program Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP).

Ahmad Dzulfadzli Mohamad Tarmizi, Presiden Kedua Kelab Kebudayaan.


CARTA ORGANISASI GKK KEBUDAYAAN INDUK KALI KE-1 



Ketua Penyelaras : En. Ahmad Akram Bin Razlan 

Pengerusi : Muhammad Faidhi Bin Esa 

Timbalan Pengerusi : Mohd Najmie Bin Daud 

Setiausaha : Muhammad Sharul Nizam Bin Marzuki 

Timb. Setiausaha : Azmir Akmar B. Sobry 

Bendahari : Nasren Bt Abu Khalid 

Timb. Bendahari : Zuliza Bt Mat Ariffin 



AJK PROGRAM: 

AJK PPKP : Nor Aishah bte Abd Basek 

AJK R&R : Sharon Cordelia Suibil 

AJK OT : Cornealius Ziegler AK 

AJK Kejururawatan : Siti Fatimah Bt Baharil 

AJK Fisioterapi : Ivy Steffy MaHapun 

AJK Farmasi : Putri Nur Arina Bt Abd 



PENGERUSI CAWANGAN: 

Teater : Nur Shafiqah B. Abd. Wahab 

Dikir Barat : Ahmad Hulaimi b. Abdul Halim 

Tarian : Nurul Ilmi Bt Khairuddin 

Koir : Fatin Asyiqin Binti Yatim

Ahad, 9 September 2012

Sejarah Penubuhan Awal Kelab Kebudayaan KSKB Sg.Buloh




SEJARAH GERAK KERJA
KOKURIKULUM KEBUDAYAAN
KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU (KSKB) SG.BULOH

Oleh:
Muhammad Faidhi Bin Esa²⁰¹¹ & Ahmad Dzulfadzli Mohamad Tarmizi²⁰¹²

Sebelum penubuhan: Dikenali sebagai ‘KeKKWa’
Kelab Kebudayaan, Kesenian & Warisan atau lebih dikenali sebagai 'KeKKWa' telah ditubuhkan semenjak awal penubuhan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sg.Buloh. KeKKWa merupakan sebuah kelab dibawah Majlis Perwakilan Pelatih (MPP). Cik Nik Hasnida yang merupakan seorang pengajar di KSKB telah dilantik sebagai pengasas KeKKWa pada ketika itu. Selain beliau, terdapat beberapa orang pengajar yang turut melibatkan diri. Antara kelab-kelab yang bernaung dibawah KeKKWa iaitu:
·         Kelab Tarian
·         Kelab Teater
·         Kelab Koir
   
Aktiviti Wajib Kelab: 
Lawatan, Minggu Kebudayaan & Persembahan.



Awal Penubuhan Gerak Kerja Kokurikulum Kebudayaan 
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sg.Buloh
Pada pertengahan tahun 2008, Gerak Kerja Kokurikulum (GKK) telah menjadi salah satu syarat wajib lulus dan dikira sebagai jam kredit kepada semua pelatih (Semester 1 dan 2 pada ketika itu). Antara GKK yang ada antaranya GKK Sukan, GKK Komuniti, GKK Persatuan dan GKK Kebudayaan yang turut dikenali sebagai 'Kelab Kebudayaan'. Cik Nik Hasnida telah dilantik sebagai ketua penasihat GKK Kebudayaan pada masa itu. Selain beliau, ramai lagi penasihat yang dilantik. Ketika itu, Pengerusi KeKKWa iaitu saudara Hanis (MPP KeKKWa) yang bertanggungjawab dengan ahli jawatankuasa tertinggi yang lain. Ahli pada ketika itu merupakan ahli yang berada dibawah GKK Kebudayaan sahaja. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan, antaranya aktiviti minggu kebudayaan anjuran MPP dan GKK Kebudayaan dikatakan telah mendapat sambutan yang hangat pada ketika itu.


Sejarah Penubuhan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB), Sg.Buloh



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membina banyak hospital dan pusat kelengkapan moden yang dilengkapi dengan peralatan canggih bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam arus perubahan dan kepesatan kemajuan bidang perubatan dan kesihatan. Di samping itu, tenaga pekerjanya yang terdiri dari kumpulan profesional dan sokongan sentiasa dilatih dari semasa ke semasa agar berupaya memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti tinggi selaras dengan kehendak pelanggan.
Sedar akan keperluan perkhidmatan profesional kesihatan yang semakin tinggi, kerajaan melalui KKM telah mewujudkan pusat-pusat latihan yang meliputi sebelas bidang di bawah rancangan Malaysia yang ke-7, kolej-kolej latihan tersebut disusun berkonsepkan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB). Konsep ini menjurus kepada pengurusan berpusat di mana segala kemudahan pengajaran, pembelajaran, pentadbiran, pengurusan kewangan dan semua kemudahan fizikal di bawah satu bumbung pentadbiran. Lima Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) telah diluluskan pembinaannya termasuklah di Sg Buloh, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru dan Hulu Kinta.






Asrama Pelatih Paramedik, KSKB Sungai Buloh


Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh merupakan kolej yang pertama dibina dengan kapasiti pelajar 3000 orang di atas tapak seluas 28 hektar. Kampus induknya tersegam indah mempunyai lapan blok asrama yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuklah riadah.
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh mula beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun 2004. Kini terdapat lebih kurang 2700 orang pelatih yang terdiri dari enam program termasuklah Kejurawatan, Radiografi dan Radioterapi, Fisioterapi, Jurupulih Carakerja, Penolong Pegawai Farmasi dan Kesihatan Persekitaran. Wawasan kolej ini adalah untuk menjadi sebuah institusi latihan kesihatan yang moden, berintegrasi dan cemerlang, di samping berupaya menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang memenuhi keperluan semasa. Inilah objektif bersama yang mesti dicapai oleh semua warga Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sungai Buloh khususnya.




Kolej Sains Kesihatan Bersekutu 

Jalan Hospital, 47000 Sungai Buloh
Selangor darul Ehsan, MALAYSIA.



No. Telefon 03-6140 1945 No. Faksimili 03-6140 2370
E-Mel kskbsb at moh dot gov dot my 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...